Wanita-wanita Salafussoleh


WANITA MEMPUNYAI SIFAT yang mudah mengikut.Ia sensitif dengan perkembangan sekelilingnya.Kalaulah sifat mudah mengikut ini disalurkan ke arah kebaikan,ia akan menjadikan wanita itu seorang yang taat kepada perintah ALLAH SWT dan mudah meninggalkan larangan-Nya.Hatinya yang lembut itu mudah dibentuk untuk mencintai Allah swt dan Rasulullah saw.

Kalau hati wanita dibajai dengan dua kecintaan itu,ia akan menjadi orang yang paling sensitif dengan Tuhan.Sedikit kesalahan pun terasakan bagai batu besar yang akan jatuh menimpa kepalanya.Dia mudah mengalirkan air mata kerana Tuhan.Hatinya mudah menangis dan merintih dengan dosa-dosa yang ia lakukan.Kalau wanita-wanita beriman ini berumah tangga,mereka akan jadi isteri yang taat dan setia pada suaminya.Bagaimana sifat wanita beriman di zaman salafussoleh?

Wanita zaman salafussoleh mesti dijadikan contoh kerana mereka adalah isteri-isteri yang taat dan setia pada suami mereka.Pernah suatu malam,Siti Aisyah telah tertidur.Rasulullah saw pulang memberi salam dan mengetuk pintu.Tiada jawapan.Rasulullah saw memberi salam hingga tiga kali,tiada jawapan juga dari Aisyah.

Sebenarnya saagat elok untuk suami memberi salam dan membaca basmallah sebelum masuk ke dalam rumah kerana di atas pintu ada syaitan Dasim yang menanti.Kalau suami isteri masuk tanpa salam,ia akan menjadikan perasaan suami dan isteri itu tidak tenteram bila bertemu.Ada sahaja yang tidak kena.Ada saja yang silap sehingga boleh membawa kepada pertengkaran yang memungkinkan boleh berakhir dengan penceraian.

Maka,pada subuhnya apabila siti Aisyah menyelak tabir pintunya dan kelihatanlah Rasulullah saw sedang tidur di muka pintu.Baginda tidak pergi ke rumah isteri yang lain tetapi tidur di situ.Siti Aisyah berkeliling atau tawaf Rasulullah saw berpuluh-puluh kali meminta maaf.Rasulullah saw berkata : “Ya Aisyah,ini bukan salahmu.Tapi salahku kerana pulang lewat.InsyaAllah aku akan pulang awal lain kali”

Sebenarnya Rasulullah saw tidak bersalah.Tetapi untuk mengelakkan syaitan masuk ke dalam rumah-tangganya.Rasulullah saw meminta maaf,tambahan pula memang Rasulullah saw mudah meminta maaf dan memaafkan.
Bagaimana pula dengan sikap kita kalau suami pulang lewat?Tentulah isteri berleter panjang.Suamoi pula sudah tentu naik berang bila isteri tidak buka pintu.Lambat buka pintu pun kadang-kadang masam muka.Inikan pula langsung tidak buka pintu!

Satu lagi Akhlak Rasulullah saw yang patut dicontohi ialah baginda begitu berhikmah apabila menghadapi isteri yang sedang berleter.Baginda tidak menjawab sepatah pun,kerana memberi peluang isterinya meluahkan segala ketidakpuasan hatinya.Apanila isterinya telah diam,barulah baginda memberi penjelasan ataupun terus sahaja memaafkan atau melupakan perkara itu.Inilah satu pengajaran buat suami apabila berhadapan dengan leteran isteri yang sedang marah.kerana ini akan memburukkan keadaan.Tunggulah kemarahannya reda dan sejuk hatinya barulah beri penjelasan.

Begitulah berat dan pentingnya ketaatan dan kesetiaan pada suami dari seorang isteri.Oleh itu didiklah isteri dan anak-anak agar cintakan Allah swt dan Rasul.Semoga akan lahir isteri-isteri yang berperanan sebagai pembantu mendidik anak-anak agar beriman sebagaimana yang telah dilakukan oleh para salafussoleh dahulu.Ya,tentu bukan suatu yang mudah bagi para wanita dunia akhir zaman bagi mencontohi wanita-wanita agung ini,tetapi janganlah sekali-kali membataskan diri bagi memperbaiki diri dan mencontohi sikap mereka.Wallahu wa’lam.

Comments

Popular posts from this blog

ringkas 6