Posts

Showing posts from 2009

Umat Rasulullah Menurut Pandangan Nabi Adam A.S

Image
1 Taubatku hanya diterima di kota Mekah, *Sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.*


2 Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang.

*Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.*


3 Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku.

*Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.*


4 Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga,

*Tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.*

Legoland

Haaa….peka ke tak kerajaan kita & kita semua nie??? First LegoLand Theme Park & the biggest at East Asia akan dibina kat Iskandar Malaysia Nusajaya JOHOR… Projek bernilai RM3.5b dijangka siap 2013 merangkumi kawasan seluas 58hektar.…huhuhu besar tuhhh!!

So mcm ini la nnt LegoLand kat Malaysia agaknya….yg akan di bina oleh mereka2 yg biadab dgn agama Islam kita….Kemudian menjana untung dari org Islam jugak….fikir2 kan

Kawan-kawan sekelian,

Ini lah satu-satu contoh e-mail yang seharusnya kita ' on the spot ' forward kat kat saudara-saudara se muslim kita. Ia nya tidak mengandungi unsur-unsur fitnah untuk menjatuhkan sebarang individu atau sesuatu organisasi.

Kita semuanya sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmark terhadap Islam. Khasnya dalam kontek memperlekehkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seorang manusia yang termulia, di beri kitab termulia, dalam bahasa termulia, di tanah termulia di muka bumi.

Benarlah Kalamullah " wa lan tar dha ankal yahudu …

KEMBALILAH KEPADA ALLAH

Kita harus sedar bahawa kita manusia adalah setinggi-tinggi makhluk Allah di muka bumi ini. Kesedaran ini janganlah sampai membawa kita terlupa bahawa kita juga boleh jatuh menjadi serendah-rendah makhluk jika tersalah mengemudikan bahtera hidup ini. Ini sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya manusia Aku cipta dalam sebaik-baik kejadian. Lalu Aku jatuhkannya menjadi serendah-rendah makhluk; kecuali mereka yang beriman, beramal soleh. Mereka mendapat ganjaran yang tidak putus-putus"



Manusia menjadi mulia kerana sifat kemanusiaannya yang berteraskan kekuatan fikiran dari otak. Malang sekali jika disalahgunakan kecerdasan fikiran ini untuk merosakkan kemanusiaan itu sendiri sehingga menjadi kebinatangan. Akal yang ada pada manusia telah menjadikan kita makhluk yang mulia, berbudaya dan mempunyai tamaddun yang boleh dibanggakan.



Manusia mampu mencipta pelbagai alat moden yang canggih-canggih untuk keperluan mereka. Dengan akal juga, manusia dapat membezakan antara yang…

Jaga perkataan.

Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda dan keluarga...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~~


Pertama sekali,ucapan terima kasih kerana sudi memberi masa pada mata akal dan mata hati tentang diskusi saya..Tiada niat nak memburukkan sesiapa dan sangatlah memohon maaf andai sesiapa terasa.Kerana saya sayangkan anda semua sebagai sahabat dan saudara ,sebab tu lah kita tegur antara satu sama lain.Mana yang baik kita ambil,yang tidak baik kita ambillah pengajaran darinya janganlah terus dibuang ke tepi.Kadang-kadang belajar dari kesilapan lah yang amat berkesan.

Mari kita selami Firman Allah dalam surah Al-Asr dahulu-

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr :1~3)

Tak perlulah terangkan secara panjang maksud ayt ni..cuma semoga kita sentiasa berpesan dengan kebenaran dan…

Kedekutnya kita!

Alangkah kedekutnya kita Baru dapat ilmu sedikit Bangga sudah meleret-leret
Ego sudah tinggi melangit
Hinggakan lupa menyebut
"Alhamdulillah" atas segala nikmat
Bukankah Tuhan sentiasa menguji?
Tatkala diri sentiasa diberi
Jiwa mula meninggi diri
Pujian jua yang dicari..
Sedangkan Allah rindukan kalimah suci
Meniti di bibir Hambanya yang naif..
Pahala dapat dihulur
Darinya beroleh redha illahi
Semoga dengan ikhlasnya hati pada ilmu
Tersedarlah saudara kita yang leka
Bangkitlah saudara kita untuk beramal..


Kedekut itulah kita..
Tika masa senang singgah
Amat sedikit yang istiqamah
Jangankan bismillah dibaca
Alhamdulillah pun kerap lupa
Malah zikir semakin hilang
Sujud semakin berkurang
Tatkala susah menjelma
Sejadah mula digeledah
Panjangnya doa untuk meminta
Sedangkan Allah tidak kan mengecewakan hambaNya
Namun apakah yang kita minta?
Memohon derita pergi
Agar rezeki kemari?
Sungguh,Munafiknya diri!
Masa susah mula rapat pada illahi
Bila senang mula lupa diri
Jika pada susah kita merebut pahala
Jika pada sus…

ringkas 5

Ash-Sharh
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (8)

ringkas 6

At-Tin
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi buah tiin dan zaitun, (1) Dan gunung Tursina, (2) Serta negeri (Mekah) yang aman ini; (3) Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6) (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? (7) Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? (8)

mari mengaji surah2

Al-Alaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5) Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (6) Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (7) (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (8) Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang); (9) Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang? (10) Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul? (11) Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)? (12) Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhamm…

Pesanan Buat Kekasih

SOTONG MASAK HALIA

Image
Bahan-bahan

500 gram sotong
1 ulas bawang bawang putih – hiris/tumbuk halus
3 ulas bawang merah– hiris/tumbuk halus
1 cm halia – hiris halus
1 cm kunyit hidup – tumbuk halus (boleh juga guna 1 sudu teh serbuk kunyit)
½ sudu teh jintan putih
1 tangkai cili merah - hiris
1 tangkai cili hijau - hiris
1 tangkai daun sup/bawang - hiris kasar
½ cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (jika suka)
Minyak masak untuk menumis

Cara penyediaan:

1. Gaul sotong dengan garam dan kunyit hingga mesra.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan sotong dan biarkan sehingga masak. Gaul sekali sekala.
4. Masukkan air , kacau dan biarkan sehingga mendidih.
5. Tutup api. Masukkan cili merah dan cili hijau. Gaul rata.
6. Masukkan ke dalam pinggan dan tabur daun sup/bawang.

Sedia untuk dihidangkan.

PELARIS HARAM

Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal, ialah pada kali pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun ada....

Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk (contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusan yang begitu cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 b…

TIPS SERTA PANDUAN MENGHADIRI TEMUDUGA

Menghadiri temuduga kerja adalah perkara biasa bagi kalangan graduan lepasan ijazah, diploma, lepasan SPM, mahupun golongan yang sudah pun bekerja.

Jika diketepikan soal politik, kabel, dan talian hayat, apakah faktor utama kepada kejayaan sesebuah temuduga?

Kejayaan awal

Andaikan anda mendapat suatu panggilan temuduga bagi mengisi sesebuah jawatan kosong yang pernah anda pohon suatu ketika dahulu di sesebuah organisasi.

Apa yang harus anda lakukan? Setkan dalam minda bahawa anda telah pun berjaya dalam peringkat pertama mengejar karier. Jangan sesekali memandang rendah akan kuasa minda.

Minda yang dapat disetkan dengan baik mampu memberi kekuatan kepada keseluruhan perjalanan temuduga yang akan dilalui ini.

Setkan bahawa:

Tanpa kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan wujud peringkat kedua. Oleh itu, perjalanan mesti diteruskan.


Persiapan awal: Kajian

Sebaik mendapat surat temuduga, buat sedikit persiapan sebelum tiba tarikh temuduga.

Kaji latar belakang organisasi yang menaw…

BUNGA YANG CANTIK JARANG YANG WANGI

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan segala pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang beribu.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya, maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suam…

HARGA STITIS AIR MATA

SETIAP TITISAN AIR MATA YANG TERTUMPAH DALAM DOA DAN PENGORBANAN UNTUK ORANG LAIN ADALAH SUMBER YANG MAMPU MELEGAKAN JIWA ORANG YANG DIDOAKAN. TERUSLAH BERBUAT BAIK SAMPAI AIR MATA TERTITIS


Menangis? Setiap orang pernah menangis tidak kiralah dia itu siapa : lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa, kaya atau miskin. Dan sebab menangis itu juga ada pelbagai versi : sedih, gembira, marah, risau...Ada yang mudah menangis lalu dilabelkan sebagai lemah dan ada yang payah untuk menangis lalu dilabelkan sebagai ego. Persoalannya, apakah nilai airmata yang mengalir itu?

Ada yang beranggapan bahawa seseorang lelaki yang menangis kerana kekasihya telah pergi meninggalkan dirinya-boleh jadi air matanya seketika itu tidak berharga sama sekali.Demikian juga linangan air mata wanita yang"mengorbankan harga dirinya" kepada si Romeo-sang pemetik cinta, Justeru pada saat cinta mereka sebenarnya belum diikat dengan ikatan suci, maka pada saat itu,air mata hanyalah sia-sia.

Air mata memang…

KETANDUSAN

keringnya akal kita
kontangnya jiwa kita
tandusnya hati kita
di bawah keterikan amarah
di dalam bahangnya hawa
di atas panasnya dosa-dosa
terhuyung-hayanglah kita
dalam mencari
setitis rahmat
setitis redha
untuk membasahkan
satu kedahagaan
yang amat memeritkan.

Salam

Image
Welcome to my blog.