Posts

Showing posts from December, 2009

Umat Rasulullah Menurut Pandangan Nabi Adam A.S

Image
1 Taubatku hanya diterima di kota Mekah, *Sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.* 2 Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. *Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.* 3 Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. *Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.* 4 Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, *Tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.*

Legoland

Haaa….peka ke tak kerajaan kita & kita semua nie??? First LegoLand Theme Park & the biggest at East Asia akan dibina kat Iskandar Malaysia Nusajaya JOHOR… Projek bernilai RM3.5b dijangka siap 2013 merangkumi kawasan seluas 58hektar.…huhuhu besar tuhhh!! So mcm ini la nnt LegoLand kat Malaysia agaknya….yg akan di bina oleh mereka2 yg biadab dgn agama Islam kita….Kemudian menjana untung dari org Islam jugak….fikir2 kan Kawan-kawan sekelian, Ini lah satu-satu contoh e-mail yang seharusnya kita ' on the spot ' forward kat kat saudara-saudara se muslim kita. Ia nya tidak mengandungi unsur-unsur fitnah untuk menjatuhkan sebarang individu atau sesuatu organisasi. Kita semuanya sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmark terhadap Islam. Khasnya dalam kontek memperlekehkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seorang manusia yang termulia, di beri kitab termulia, dalam bahasa termulia, di tanah termulia di muka bumi. Benarlah Kalamullah " wa lan tar dha ankal yah

KEMBALILAH KEPADA ALLAH

Kita harus sedar bahawa kita manusia adalah setinggi-tinggi makhluk Allah di muka bumi ini. Kesedaran ini janganlah sampai membawa kita terlupa bahawa kita juga boleh jatuh menjadi serendah-rendah makhluk jika tersalah mengemudikan bahtera hidup ini. Ini sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya manusia Aku cipta dalam sebaik-baik kejadian. Lalu Aku jatuhkannya menjadi serendah-rendah makhluk; kecuali mereka yang beriman, beramal soleh. Mereka mendapat ganjaran yang tidak putus-putus" Manusia menjadi mulia kerana sifat kemanusiaannya yang berteraskan kekuatan fikiran dari otak. Malang sekali jika disalahgunakan kecerdasan fikiran ini untuk merosakkan kemanusiaan itu sendiri sehingga menjadi kebinatangan. Akal yang ada pada manusia telah menjadikan kita makhluk yang mulia, berbudaya dan mempunyai tamaddun yang boleh dibanggakan. Manusia mampu mencipta pelbagai alat moden yang canggih-canggih untuk keperluan mereka. Dengan akal juga, manusia dapat membezakan antara yan

Jaga perkataan.

Bismillahirrahmanirrahim... Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda dan keluarga... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~~ Pertama sekali,ucapan terima kasih kerana sudi memberi masa pada mata akal dan mata hati tentang diskusi saya..Tiada niat nak memburukkan sesiapa dan sangatlah memohon maaf andai sesiapa terasa.Kerana saya sayangkan anda semua sebagai sahabat dan saudara ,sebab tu lah kita tegur antara satu sama lain.Mana yang baik kita ambil,yang tidak baik kita ambillah pengajaran darinya janganlah terus dibuang ke tepi.Kadang-kadang belajar dari kesilapan lah yang amat berkesan. Mari kita selami Firman Allah dalam surah Al-Asr dahulu- Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr :1~3) Tak perlulah terangkan secara panjang maksud ayt ni..cuma semoga kita sentiasa berpesan dengan kebena