Posts

Showing posts from January, 2010

Wanita-wanita Salafussoleh

Image
WANITA MEMPUNYAI SIFAT yang mudah mengikut.Ia sensitif dengan perkembangan sekelilingnya.Kalaulah sifat mudah mengikut ini disalurkan ke arah kebaikan,ia akan menjadikan wanita itu seorang yang taat kepada perintah ALLAH SWT dan mudah meninggalkan larangan-Nya.Hatinya yang lembut itu mudah dibentuk untuk mencintai Allah swt dan Rasulullah saw. Kalau hati wanita dibajai dengan dua kecintaan itu,ia akan menjadi orang yang paling sensitif dengan Tuhan.Sedikit kesalahan pun terasakan bagai batu besar yang akan jatuh menimpa kepalanya.Dia mudah mengalirkan air mata kerana Tuhan.Hatinya mudah menangis dan merintih dengan dosa-dosa yang ia lakukan.Kalau wanita-wanita beriman ini berumah tangga,mereka akan jadi isteri yang taat dan setia pada suaminya.Bagaimana sifat wanita beriman di zaman salafussoleh? Wanita zaman salafussoleh mesti dijadikan contoh kerana mereka adalah isteri-isteri yang taat dan setia pada suami mereka.Pernah suatu malam,Siti Aisyah telah tertidur.Rasulullah saw pulang me