Posts

Showing posts from November, 2009

Kedekutnya kita!

Alangkah kedekutnya kita Baru dapat ilmu sedikit Bangga sudah meleret-leret Ego sudah tinggi melangit Hinggakan lupa menyebut "Alhamdulillah" atas segala nikmat Bukankah Tuhan sentiasa menguji? Tatkala diri sentiasa diberi Jiwa mula meninggi diri Pujian jua yang dicari.. Sedangkan Allah rindukan kalimah suci Meniti di bibir Hambanya yang naif.. Pahala dapat dihulur Darinya beroleh redha illahi Semoga dengan ikhlasnya hati pada ilmu Tersedarlah saudara kita yang leka Bangkitlah saudara kita untuk beramal.. Kedekut itulah kita.. Tika masa senang singgah Amat sedikit yang istiqamah Jangankan bismillah dibaca Alhamdulillah pun kerap lupa Malah zikir semakin hilang Sujud semakin berkurang Tatkala susah menjelma Sejadah mula digeledah Panjangnya doa untuk meminta Sedangkan Allah tidak kan mengecewakan hambaNya Namun apakah yang kita minta? Memohon derita pergi Agar rezeki kemari? Sungguh,Munafiknya diri! Masa susah mula rapat pada illahi Bila senang mula lupa diri Jika pada susah k

ringkas 5

Ash-Sharh Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (8)

ringkas 6

At-Tin Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Demi buah tiin dan zaitun, (1) Dan gunung Tursina, (2) Serta negeri (Mekah) yang aman ini; (3) Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6) (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? (7) Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? (8)

mari mengaji surah2

Al-Alaq Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5) Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (6) Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (7) (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (8) Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang); (9) Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang? (10) Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul? (11) Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)? (12) Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muham

Pesanan Buat Kekasih

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

SOTONG MASAK HALIA

Image
Bahan-bahan 500 gram sotong 1 ulas bawang bawang putih – hiris/tumbuk halus 3 ulas bawang merah– hiris/tumbuk halus 1 cm halia – hiris halus 1 cm kunyit hidup – tumbuk halus (boleh juga guna 1 sudu teh serbuk kunyit) ½ sudu teh jintan putih 1 tangkai cili merah - hiris 1 tangkai cili hijau - hiris 1 tangkai daun sup/bawang - hiris kasar ½ cawan air Garam secukup rasa Gula secukup rasa (jika suka) Minyak masak untuk menumis Cara penyediaan: 1. Gaul sotong dengan garam dan kunyit hingga mesra. 2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. 3. Masukkan sotong dan biarkan sehingga masak. Gaul sekali sekala. 4. Masukkan air , kacau dan biarkan sehingga mendidih. 5. Tutup api. Masukkan cili merah dan cili hijau. Gaul rata. 6. Masukkan ke dalam pinggan dan tabur daun sup/bawang. Sedia untuk dihidangkan.

PELARIS HARAM

Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal, ialah pada kali pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan. Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut. Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun ada.... Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk (contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusan yang begitu cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2

TIPS SERTA PANDUAN MENGHADIRI TEMUDUGA

Menghadiri temuduga kerja adalah perkara biasa bagi kalangan graduan lepasan ijazah, diploma, lepasan SPM, mahupun golongan yang sudah pun bekerja. Jika diketepikan soal politik, kabel, dan talian hayat, apakah faktor utama kepada kejayaan sesebuah temuduga? Kejayaan awal Andaikan anda mendapat suatu panggilan temuduga bagi mengisi sesebuah jawatan kosong yang pernah anda pohon suatu ketika dahulu di sesebuah organisasi. Apa yang harus anda lakukan? Setkan dalam minda bahawa anda telah pun berjaya dalam peringkat pertama mengejar karier. Jangan sesekali memandang rendah akan kuasa minda. Minda yang dapat disetkan dengan baik mampu memberi kekuatan kepada keseluruhan perjalanan temuduga yang akan dilalui ini. Setkan bahawa: Tanpa kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan wujud peringkat kedua. Oleh itu, perjalanan mesti diteruskan. Persiapan awal: Kajian Sebaik mendapat surat temuduga, buat sedikit persiapan sebelum tiba tarikh temuduga. Kaji latar belakang organisasi y

BUNGA YANG CANTIK JARANG YANG WANGI

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan segala pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang beribu. Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya, maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah su

HARGA STITIS AIR MATA

SETIAP TITISAN AIR MATA YANG TERTUMPAH DALAM DOA DAN PENGORBANAN UNTUK ORANG LAIN ADALAH SUMBER YANG MAMPU MELEGAKAN JIWA ORANG YANG DIDOAKAN. TERUSLAH BERBUAT BAIK SAMPAI AIR MATA TERTITIS Menangis? Setiap orang pernah menangis tidak kiralah dia itu siapa : lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa, kaya atau miskin. Dan sebab menangis itu juga ada pelbagai versi : sedih, gembira, marah, risau...Ada yang mudah menangis lalu dilabelkan sebagai lemah dan ada yang payah untuk menangis lalu dilabelkan sebagai ego. Persoalannya, apakah nilai airmata yang mengalir itu? Ada yang beranggapan bahawa seseorang lelaki yang menangis kerana kekasihya telah pergi meninggalkan dirinya-boleh jadi air matanya seketika itu tidak berharga sama sekali.Demikian juga linangan air mata wanita yang"mengorbankan harga dirinya" kepada si Romeo-sang pemetik cinta, Justeru pada saat cinta mereka sebenarnya belum diikat dengan ikatan suci, maka pada saat itu,air mata hanyalah sia-sia. Air mata mema

KETANDUSAN

keringnya akal kita kontangnya jiwa kita tandusnya hati kita di bawah keterikan amarah di dalam bahangnya hawa di atas panasnya dosa-dosa terhuyung-hayanglah kita dalam mencari setitis rahmat setitis redha untuk membasahkan satu kedahagaan yang amat memeritkan.

Salam

Image
Welcome to my blog.