Jaga perkataan.

Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda dan keluarga...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~~


Pertama sekali,ucapan terima kasih kerana sudi memberi masa pada mata akal dan mata hati tentang diskusi saya..Tiada niat nak memburukkan sesiapa dan sangatlah memohon maaf andai sesiapa terasa.Kerana saya sayangkan anda semua sebagai sahabat dan saudara ,sebab tu lah kita tegur antara satu sama lain.Mana yang baik kita ambil,yang tidak baik kita ambillah pengajaran darinya janganlah terus dibuang ke tepi.Kadang-kadang belajar dari kesilapan lah yang amat berkesan.

Mari kita selami Firman Allah dalam surah Al-Asr dahulu-

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr :1~3)

Tak perlulah terangkan secara panjang maksud ayt ni..cuma semoga kita sentiasa berpesan dengan kebenaran dan penuh sabar.Apa yang penting bukan sahaja pengajaran atau pun maklumat kita smpai pada pembaca tapi ukhwah tu kena pelihara dulu.Jagalah setiap perkataan dan jangan sampai buat sape2 terguris dan terluka..Kalau dah terguris takut dendam dan benci pula mengganti.Lalu,apa sebnrnya yang kita nak kongsi..information or bkongsi makian? Astaghfirullah~
Manusia ni kerap lupa..kalau ada ilmu kita jangan terlalu berbangga..Milik Allah apa yang ada dilangit dan dibumi.Oleh itu kita sama2 lemah usah mencela!

Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. ( Al~Maaidah:7)


Jagalah silaturrahim yang terjalin antara kita..sepatutnya yang kita perangi ialah kaum yang kafir yang sentiasa mahu menjatuhkan kita.Jangan kerana hal kecil ade yang merajuk jauh-jauh tak nak masuk scripters lagi ke...(ade ke?harap-harap kita sma2 la matang ek)em..tak mahu bicara panjang-panjang g..tapi ambillah iktibar dari Firman Allah.Kita semua bersaudara,jadi takyah la gaduh2 ek....

(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;Atau memberi makan pada hari kelaparan -Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga). ( Al-Balad 8~18)

Minta maaf kalau terkasar bahasa..tapi kalau tak pandang atau ambil pengajaran dari perkataan atau teguran saya pun tak mengapa,tapi pandanglah ayat-ayat Allah,selamilah Firman Allah..sungguh kebenaran itu amat nyata pada kitab AlQuran.Bukankah ia antara rukun Iman?Dan tahukah kita apa yang dimaksudkan dengan Iman?Bukan setakat mempercayai dan mengakui dengan lidah tapi pancaindera yang lain...

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah : 286)

Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa. (Al-Haaqqah :48)



Sekian..Wallahu wa'lam...=)

Comments

Popular posts from this blog

PELARIS HARAM

Legoland