Posts

Umat Rasulullah Menurut Pandangan Nabi Adam A.S

Image
1 Taubatku hanya diterima di kota Mekah, *Sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.* 2 Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. *Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.* 3 Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. *Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.* 4 Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, *Tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.*

Legoland

Haaa….peka ke tak kerajaan kita & kita semua nie??? First LegoLand Theme Park & the biggest at East Asia akan dibina kat Iskandar Malaysia Nusajaya JOHOR… Projek bernilai RM3.5b dijangka siap 2013 merangkumi kawasan seluas 58hektar.…huhuhu besar tuhhh!! So mcm ini la nnt LegoLand kat Malaysia agaknya….yg akan di bina oleh mereka2 yg biadab dgn agama Islam kita….Kemudian menjana untung dari org Islam jugak….fikir2 kan Kawan-kawan sekelian, Ini lah satu-satu contoh e-mail yang seharusnya kita ' on the spot ' forward kat kat saudara-saudara se muslim kita. Ia nya tidak mengandungi unsur-unsur fitnah untuk menjatuhkan sebarang individu atau sesuatu organisasi. Kita semuanya sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmark terhadap Islam. Khasnya dalam kontek memperlekehkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seorang manusia yang termulia, di beri kitab termulia, dalam bahasa termulia, di tanah termulia di muka bumi. Benarlah Kalamullah " wa lan tar dha ankal yah...

KEMBALILAH KEPADA ALLAH

Kita harus sedar bahawa kita manusia adalah setinggi-tinggi makhluk Allah di muka bumi ini. Kesedaran ini janganlah sampai membawa kita terlupa bahawa kita juga boleh jatuh menjadi serendah-rendah makhluk jika tersalah mengemudikan bahtera hidup ini. Ini sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya manusia Aku cipta dalam sebaik-baik kejadian. Lalu Aku jatuhkannya menjadi serendah-rendah makhluk; kecuali mereka yang beriman, beramal soleh. Mereka mendapat ganjaran yang tidak putus-putus" Manusia menjadi mulia kerana sifat kemanusiaannya yang berteraskan kekuatan fikiran dari otak. Malang sekali jika disalahgunakan kecerdasan fikiran ini untuk merosakkan kemanusiaan itu sendiri sehingga menjadi kebinatangan. Akal yang ada pada manusia telah menjadikan kita makhluk yang mulia, berbudaya dan mempunyai tamaddun yang boleh dibanggakan. Manusia mampu mencipta pelbagai alat moden yang canggih-canggih untuk keperluan mereka. Dengan akal juga, manusia dapat membezakan antara yan...

Jaga perkataan.

Bismillahirrahmanirrahim... Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda dan keluarga... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~~ Pertama sekali,ucapan terima kasih kerana sudi memberi masa pada mata akal dan mata hati tentang diskusi saya..Tiada niat nak memburukkan sesiapa dan sangatlah memohon maaf andai sesiapa terasa.Kerana saya sayangkan anda semua sebagai sahabat dan saudara ,sebab tu lah kita tegur antara satu sama lain.Mana yang baik kita ambil,yang tidak baik kita ambillah pengajaran darinya janganlah terus dibuang ke tepi.Kadang-kadang belajar dari kesilapan lah yang amat berkesan. Mari kita selami Firman Allah dalam surah Al-Asr dahulu- Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr :1~3) Tak perlulah terangkan secara panjang maksud ayt ni..cuma semoga kita sentiasa berpesan dengan kebena...

Kedekutnya kita!

Alangkah kedekutnya kita Baru dapat ilmu sedikit Bangga sudah meleret-leret Ego sudah tinggi melangit Hinggakan lupa menyebut "Alhamdulillah" atas segala nikmat Bukankah Tuhan sentiasa menguji? Tatkala diri sentiasa diberi Jiwa mula meninggi diri Pujian jua yang dicari.. Sedangkan Allah rindukan kalimah suci Meniti di bibir Hambanya yang naif.. Pahala dapat dihulur Darinya beroleh redha illahi Semoga dengan ikhlasnya hati pada ilmu Tersedarlah saudara kita yang leka Bangkitlah saudara kita untuk beramal.. Kedekut itulah kita.. Tika masa senang singgah Amat sedikit yang istiqamah Jangankan bismillah dibaca Alhamdulillah pun kerap lupa Malah zikir semakin hilang Sujud semakin berkurang Tatkala susah menjelma Sejadah mula digeledah Panjangnya doa untuk meminta Sedangkan Allah tidak kan mengecewakan hambaNya Namun apakah yang kita minta? Memohon derita pergi Agar rezeki kemari? Sungguh,Munafiknya diri! Masa susah mula rapat pada illahi Bila senang mula lupa diri Jika pada susah k...

ringkas 5

Ash-Sharh Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (8)

ringkas 6

At-Tin Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Demi buah tiin dan zaitun, (1) Dan gunung Tursina, (2) Serta negeri (Mekah) yang aman ini; (3) Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6) (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? (7) Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? (8)